Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan dan pengesahan instrumen bagi mengukur tahap literasi pentaksiran guru sekolah menengah di malaysia

Talib, Rohaya and Abd. Ghafar, Mohd. Najib (2008) Pembinaan dan pengesahan instrumen bagi mengukur tahap literasi pentaksiran guru sekolah menengah di malaysia. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
157kB

Official URL: http://www.academia.edu/3202821/Pembinaan_dan_peng...

Abstract

Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia, pengetahuan dan kemahiran pentaksiran seharusnya dipertingkatkan bagi membolehkan guru membantu proses pembelajaran secara berkesan. Sehubungan itu, tujuan kajian adalah membina dan mengesah instrumen - Ujian Literasi Pentaksiran (ULP) bagi mengukur kompetensi pengetahuan pentaksiran guru dari lima dimensi: (i) konsep pentaksiran, (ii) kaedah pengukuran, (iii) pengujian,(iv) penskoran dan penggredan dan (v) statistik dan pelaporan. ULP mengandungi 60 item aneka pilihan polikotomos berasaskan Kurikulum Pengukuran dan Penilaian Program Latihan Keguruan. Data ULP dianalisis menggunakan program Quest - gabungan pendekatan Classical Test Theory (CTT) dan Model Rasch dan penilaian item berpandukan indeks diskriminsi, threshold, Infit MeanSquare dan analisis distraktor. Indeks kebolehpercayaan (KR20) menunjukkan peningkatan dari .71(ULP-R1) kepada.85 (ULP-R2). Hasil kajian mendapati ULP mempunyai ciri-ciri psikometriks yang baik dan diterima dalam kajian pembinaan instrumen. Justeru, kajian telah dapat mengenalpasti tahap literasi pentaksiran guru-guru sekolah menengah di Malaysia dan norm berdasarkan faktor jantina, jawatan, pengalaman mengajar dan bidang mata pelajaran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Ujian Literasi Pentaksiran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7906
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:22 Feb 2009 08:27
Last Modified:20 Oct 2017 05:48

Repository Staff Only: item control page