Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengesanan aras kecerdasan pelbagai yang telah dikuasai oleh pelajar tingkatan enam dalam pembelajaran koperatif: satu kajian kes

L., Lue and Tasir, Zaidatun and Aris, Baharuddin (2008) Pengesanan aras kecerdasan pelbagai yang telah dikuasai oleh pelajar tingkatan enam dalam pembelajaran koperatif: satu kajian kes. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
129kB

Official URL: http://www.academia.edu/2165192/Pengesanan_aras_ke...

Abstract

Satu penilaian kuantitatif dijalankan untuk mengesan aras kecerdasan pelbagai yang telah dikuasai oleh responden dalam pembelajaran pendekatan koperatif dalam aktiviti praktikal Biologi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Responden kajian adalah terdiri daripada 27 orang pelajar yang mengikuti subjek Biologi STPM. Hasil dapatan menunjukkan min keseluruhan dan kecenderungan bagi aras kecerdasan pelbagai yang paling tinggi sebelum dan selepas mengikuti pembelajaran secara aktif yang telah dikuasai oleh responden adalah kecerdasan logikmatematik dan perubahan kecenderungan kecerdasan pelbagai yang paling ketara adalah kecerdasan verbal-lingustik. Min keseluruhan bagi ketujuh-tujuh kecerdasan pelbagai selepas mengikuti pembelajaran secara aktif yang telah dikuasai oleh responden adalah dalam lingkungan skel 2.5 hingga 3.0. Langkah-langkah akan disusulkan untuk mengaitkan kecerdasan pelbagai dengan kemahiran generik bersama pengetahuan subjek yang spesifik dalam konteks pembelajaran pendekatan koperatif.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kecerdasan, Pembelajaran koperatif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7905
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:22 Feb 2009 08:24
Last Modified:20 Oct 2017 05:25

Repository Staff Only: item control page