Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi bakal guru terhadap model rikas

Ibrahim, Nor Hasniza and Arshad, Mohammad Yusof and Surif, Johari (2008) Persepsi bakal guru terhadap model rikas. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
271kB

Abstract

Artikel ini membincangkan kekuatan dan kelemahan model RIKaS berdasarkan kepada persepsi bakal guru. Model RIKaS dibina hasil daripada penelitian ke atas model-model refleksi yang diperolehi menerusi himpunan sorotan literatur. Ianya dibina khusus untuk mempermudahkan bakal guru melaksanakan amalan refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, berfungsi memfokuskan refleksi bakal guru terhadap aspek-aspek penting dalam proses pengajaran khususnya mata pelajaran sains. Data dikumpulkan dengan menggunakan teknik temubual berkumpulan dan dianalisis secara content analysis. Seramai dua belas orang bakal guru sains telah dipilih secara bertujuan dalam temubual tersebut. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa sebahagian besar bakal guru memberikan persepsi yang positif terhadap model tersebut dan mengemukakan beberapa cadangan bagi menambahbaik fungsi model.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Refleksi, Model RIKaS, mata pelajaran sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7902
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:22 Feb 2009 08:12
Last Modified:20 Oct 2017 04:34

Repository Staff Only: item control page