Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan proses penyiasatan pelajar Malaysia dan United Kingdom : kajian merentas usia

Surif, Johari and Arshad, Mohammad Yusof and Ibrahim, Nor Hasniza (2008) Perbandingan proses penyiasatan pelajar Malaysia dan United Kingdom : kajian merentas usia. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
491kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/51001422_...

Abstract

Proses penyiasatan merupakan salah satu elemen utama dalam pemikiran saintifik yang menjadi matlamat utama proses pengajaran dan pembelajaran sains. Artikel ini bertujuan melaporkan dapatan kajian perbandingan proses penyiasatan antara pelajar Malaysia dan United Kingdom di peringkat sekolah menengah rendah. Kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan rekabentuk deskriptif dan menggunakan pendekatan kajian rentas. Persampelan dipilih secara rawak kelompok berdasarkan tahap perkembangan kognitif melibatkan seramai 1 289 orang pelajar di peringkat sekolah rendah (usia 9 hingga 12 tahun) dan peringkat menengah rendah (usia 11 hingga 15 tahun). Set Ujian Sains yang terdiri daripada soalan subjektif telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Jawapan pelajar dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar Malaysia dan United Kingdom menunjukkan pola peningkatan mengikut tahap perkembangan kognitif. Walau bagaimanapun, pelajar United Kingdom menunjukkan penguasaan yang lebih baik daripada pelajar Malaysia khususnya dalam merancang penyiasatan, mendapatkan bukti, menganalisis dan membuat kesimpulan serta menilai bukti. Kelemahan pelajar Malaysia didapati amat ketara dalam proses merancang penyiasatan jika dibandingkan dengan pelajar United Kingdom. Dapatan ini sekaligus mengungkap pelbagai usaha yang boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan penguasaan proses penyiasatan pelajar sekaligus mempertingkatkan kemajuan pendidikan sains di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Proses penyiasatan, kemahiran proses sains, pemikiran saintifik, kajian perbandingan, Malaysia, England
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7901
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:22 Feb 2009 07:50
Last Modified:30 Sep 2017 04:15

Repository Staff Only: item control page