Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kualiti kehidupan staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia

Yong, Kuey Ling and Said, Hamdan (2008) Kualiti kehidupan staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
88kB

Official URL: http://merr.utm.my/13534/

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti kualiti kehidupan staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia. Kualiti kehidupan ini diukur dari segi empat aspek: peluang pembangunan kendiri, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, peluang kenaikan pangkat, dan layanan yang diterima di tempat kerja. Soal selidik dengan indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.94 dan temubual digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 340 responden terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa staf akademik UTM mempunyai peluang yang cukup untuk pembangunan kendiri, menerima kemudahan dan perkhidmatan yang mencukupi, menerima layanan yang baik, tetapi tidak mempunyai peluang yang secukupnya untuk kenaikan pangkat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan peluang pembangunan kendiri. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Tiada perbezaan yang signifikan antara tempoh perkhidmatan dengan peluang kenaikan pangkat. Akhir sekali, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jawatan hakiki dengan layanan yang diterima di tempat kerja.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Staf akademik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7900
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:22 Feb 2009 07:36
Last Modified:30 Sep 2017 04:39

Repository Staff Only: item control page