Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan pelajar pasca ijazah terhadap fakulti pendidikan utm

Abu Bakar, Haslinda and Saidi, Hamdan (2008) Kepuasan pelajar pasca ijazah terhadap fakulti pendidikan utm. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
83kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengukur kepuasan pelajar pasca ijazah terhadap Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kepuasan pelajar dikaji dari segi pengajaran dan pembelajaran; program akademik yang ditawarkan; penyeliaan tesis/projek/dissertasi oleh penyelia; perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan; dan persediaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Soal selidik dengan indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.951 dan temubual digunakan sebagai instrumen kajian. Sejumlah 217 set data responen telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan menunjukkan bahawa pelajar pasca ijazah berpuas hati terhadap Fakulti Pendidikan dalam semua aspek yang dikaji dengan kepuasan tertinggi terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran manakala terendah terhadap aspek fasiliti. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kepuasan yang signifikan di antara program pengajian dan bentuk pendaftaran, dan penyeliaan tesis/projek/dissertasi. Terdapat perbezaan kepuasan yang signifikan di antara tahun pengajian dan aspek pengajaran dan pembelajaran dan program akademik. Seterusnya terdapat perbezaan kepuasan yang signifikan di antara pembiayaan pengajian pelajar terhadap penyeliaan tesis/projek/dissertasi. Sebaliknya dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kepuasaan dalam kalangan pelajar terhadap lain-lain aspek yang berkaitan dengan Fakulti Pendidikan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7899
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:22 Feb 2009 07:33
Last Modified:02 Jun 2010 01:49

Repository Staff Only: item control page