Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keperluan pensyarah baru di lima buah institusi pengajian tinggi swasta di selatan Negeri Johor

Mohd. Nor, Mariani and Saidi, Hamdan (2008) Keperluan pensyarah baru di lima buah institusi pengajian tinggi swasta di selatan Negeri Johor. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
96kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pensyarah baru di IPT dalam empat bidang tugas iaitu pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, perkhidmatan, dan lain-lain di lima buah institusi pengajian tinggi swasta di Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kaedah yang diambil oleh pensyarah baru dalam menangani keperluan tersebut. Soalselidik dengan indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.964 digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 48 responden telah terlibat dalam kajian ini. Data dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pensyarah baru perlu dilengkapi dengan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, perkhidmatan, dan lain-lain untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan. Dapatan kajian juga menunjukan bahawa kaedah perbincangan dengan rakan setugas adalah kaedah utama yang diambil oleh pensyarah baru dalam menangani kekurangan dalam empat bidang keperluan tersebut. Empat cadangan dan tiga kajian lanjutan dikemukakan bagi tujuan pengkajian pada masa akan datang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7898
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:22 Feb 2009 07:30
Last Modified:20 Oct 2017 05:30

Repository Staff Only: item control page