Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan kursus teknologi pendidikan yang yang dijalankan ke atas pegawai teknologi pendidikan pusat kegiatan guru negeri Johor

Yusof, Yusma @ Abd. Mubin and Yahaya, Noraffandy (2008) Keberkesanan kursus teknologi pendidikan yang yang dijalankan ke atas pegawai teknologi pendidikan pusat kegiatan guru negeri Johor. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
707kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kursus Teknologi Pendidikan yang dijalankan ke atas Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) Pusat Kegiatan Guru (PKG) anjuran Unit Intervensi ICT Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) yang dilihat dari sudut persepsi pegawai-pegawai yang pernah menghadiri kursus tersebut. Beberapa faktor seperti usia peserta, kelulusan akademik atau tahap pendidikan, kaedah latihan dan tempoh masa latihan diambil kira dalam menentukan keberkesanan kursus. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor merupakan sebuah institusi pendidikan yang bertanggungjawab melatih Pegawai Teknologi Pendidikan PKG dan Guru Perpustakaan Media ke arah perlaksanaan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Data-data dan maklumat dikumpul hasil daripada beberapa soal selidik dan ujian rintis keberkesanan di samping kajian perpustakaan. Justeru itu, kajian ini dirasakan sangat penting dalam membantu pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri membuat penilaian semula bersandarkan kepada hasil penyelidikan terutamanya dalam usaha untuk menyusun semula latihan-latihan yang berkaitan dengan kursus pada masa akan datang dengan mengambil kira beberapa faktor dari segi faktor usia, tahap pendidikan, tempoh kursus dan kaedah latihan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7876
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:21 Feb 2009 15:00
Last Modified:08 Dec 2011 05:22

Repository Staff Only: item control page