Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perlaksanaan pengajaran sains dalam bahasa inggeris: pandangan guru pelatih sains/kimia

Nordin, Aziz (2008) Perlaksanaan pengajaran sains dalam bahasa inggeris: pandangan guru pelatih sains/kimia. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
76kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Perlaksanaan pengajaran sains dalam bahasa Inggeris telah banyak diperbincangkan walaupun telah berlangsung sekian lama.Bagi melihat situasi semasa tentang perlaksanaan pengajaran sains dalam bahasa Inggeris, satu kajian telah dijalankan kepada sembilan belas orang guru pelatih kimia/sains. Soal selidik telah digunakan dan data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Kajian mendapati bahawa masih terdapat masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru pelatih sains dalam pengajaran sains menggunakan perantaraan bahasa Inggeris. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru tidak sepenuhnya mengajar sains dengan menggunakan bahasa Inggeris dengan alasan pelajar kurang menguasai bahasa Inggeris dan sukar memahami pelajaran sains. Selain itu guru pelatih merasakan pencapaian pelajar mereka dalam sains kurang memberangsangkan. Akhir sekali, beberapa cadangan dan implikasi kajian juga turut dibincangkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:guru pelatih, bahasa inggeris
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7854
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:17 Feb 2009 09:17
Last Modified:29 Feb 2020 13:43

Repository Staff Only: item control page