Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan kepimpinan instruksional guru besar terhadap motivasi guru di sekolah-sekolah rendah di zon Tangkak

Ramasamy, R. Premah (2013) Hubungan kepimpinan instruksional guru besar terhadap motivasi guru di sekolah-sekolah rendah di zon Tangkak. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
138kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau hubungan Kepimpinan Instruksional Guru Besar terhadap motivasi guru. Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru yang sedang bertugas di Sekolah-sekolah Rendah Daerah Tangkak. Fokus kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional guru besar dan mengenal pasti tahap motivasi guru.di sekolah-sekolah rendah di Zon Tangkak. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara kepimpinan Instruksional guru besar dengan tahap motivasi guru di sekolah rendah di Zon Tangkak.. Secara keseluruhan fokus kajian ini adalah untuk melihat sama ada kepimpinan instruksional guru besar memberi kesan positif atau negatif ke atas motivasi guru di sekolah rendah di zon Tangkak. Populasi kajian terdiri daripada sekolah rendah di zon Tangkak iaitu sebanyak 12 buah sekolah rendah yang terdiri daripada SK, SJK(C) dan SJK(T). Guru-guru yang dijadikan sampel kajian iaitu seramai 220 orang guru daripada populasi keseluruhan guru-guru Daerah Tangkak iaitu seramai 538. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan secara soal selidik. Item-item ini dibahagikan kepada Skala Likert digunakan untuk menggambarkan persepsi guru terhadap setiap item yang dikemukakan. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang terdiri daripada 22 item. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif untuk melihat hubungan di antara kepimpinan intsruksional guru besar dengan motivasi guru-guru. Soal selidik telah dipilih kerana ianya memberi peluang kepada penyelidik untuk memperoleh maklumbalas daripada responden yang lebih ramai. Dapatan data yang dikumpul telah diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS versi 17). Satu kajian rintis untuk menguji keesahan dan ketekalan dalam instrumen-instrumen kajian telah dijalankan terhadap satu sampel terdiri daripada 20 orang guru di sebuah sekolah rendah di Zon Tangkak. Sampel kajian seramai 20 orang dipilih secara rawak bertujuan. Hasil analisis data mendapati kepimpinan instruksional guru besar merupakan faktor utama yang menentukan tahap motivasi dalam kalangan guru-guru di sekolah. Hasil kajian ini menjelaskan betapa pentingnya motivasi kerja pada guru-guru sekolah rendah. Guru merupakan agen yang paling penting dalam perkhidmatan pendidikan khasnya di sekolah. Dengan ini motivasi kerja guru dalam profesion mereka itu sendiri haruslah dititik beratkan demi kebaikkan semua pihak iaitu pelajar, sekolah, jabatan peajaran dan KPM.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2013; Supervisor : Hassan Hushin
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:78398
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:26 Aug 2018 11:52
Last Modified:26 Aug 2018 11:52

Repository Staff Only: item control page