Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis dan mendefinisi secara operasi di kalangan bakal guru kimia

Nordin, Aziz and Ibrahim, Nor Hazniza and Azman, Nurulhamizah (2008) Tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis dan mendefinisi secara operasi di kalangan bakal guru kimia. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik 2008, 11-12 Oktober 2008, UTM.

[img]
Preview
PDF
118kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kemahiran Proses Sains Bersepadu merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran sains. Memandangkan, Kemahiran Proses Sains Bersepadu amat perlu dikuasai oleh semua pelajar, maka kajian ini telah dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran ini. Hanya dua jenis kemahiran sahaja yang diuji iaitu Kemahiran Membuat Hipotesis dan Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi. Kajian ini telah melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar Pendidikan Kimia, di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Johor. Seramai lapan puluh sembilan orang bakal guru daripada setiap tahun pengajian diuji bagi menjayakan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan kajian ini ialah a=0.87. Data mentah yang diperolehi, diproses untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan ujian-t dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science versi 11.5 (SPSS 11.5). Kajian yang diperolehi mendapati purata tahap penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis berada di tahap baik sementara Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi berada di tahap yang sederhana sahaja. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang signifikan bagi pelajar tahun akhir pendidikan kimia yang diuji

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kemahiran Membuat Hipotesis, Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7798
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:03 Feb 2009 07:39
Last Modified:29 Feb 2020 13:43

Repository Staff Only: item control page