Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem algebra komputer, kefahaman algebra dan pendidikan matematik: satu analisis konsepsi

Tan, Mark Pack Lang and Ismail, Zaleha (2008) Sistem algebra komputer, kefahaman algebra dan pendidikan matematik: satu analisis konsepsi. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
102kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Sistem Algebra Komputer (SAK) merupakan suatu perisian komputer yang digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik dari yang mudah kepada yang rumit memandangkan kemampuannya melaksanakan pengiraan, menggraf dan memproses ungkapan algebra. Di antara SAK yang komersial ialah Mathematica dan Maple, mana kala Maxima merupakan sejenis perisian sumber terbuka yang berfungsi pada sistem operasi linux dan windows. Pada kebiasaannya, perisian ini dimanfaatkan oleh ahli matematik untuk membantu menyelesaikan masalah yang kompleks. Di peringkat sekolah dan universiti, teknologi ini telah mempengaruhi pendekatan pembelajaran dan pengajaran matematik melalui kemampuannya menentukan punca persamaan, mengamir fungsi, memfaktor polinomial dan pelbagai manipulasi algebra yang lain. Kefahaman algebra (algebraic insight) yang merupakan salah satu komponen utama pembelajaran matematik, turut mengalami kesan yang signifikan dalam persekitaran SAK. Kertas kerja ini mengupas konsep SAK dan hubungannya dengan pendidikan matematik khususnya kefahaman algebra.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Sistem Algebra Komputer (SAK), sistem operasi linux
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7784
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:05 Feb 2009 13:31
Last Modified:17 Mar 2020 08:24

Repository Staff Only: item control page