Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik

Tasir, Zaidatun and Harun, Jamalludin and Zakaria, Nur Wahida (2008) Tahap kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, UTM.

[img]
Preview
PDF
196kB

Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...

Abstract

Penyelesaian Matematik merupakan bidang kajian Pendidikan Matematik yang sentiasa mendapat perhatian. Pelbagai faktor cuba dikaji bagi mendapatkan satu hasil kajian yang membantu pelajar meningkatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah Matematik. Dalam kajian ini faktor yang dikaji adalah kemahiran metakognitif yang terdiri daripada kemahiran memantau, kemahiran menilai dan kemahiran mengawalatur (Jousovec, 1994, Namsoo, 1998, Vos, 2001). Seramai 153 pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan diberikan soal selidik kemahiran metakognitif yang terdiri daripada 24 item berskala likert-4 mata. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dan kualitatif. Hasil daripada kajian mendapati pelajar mempunyai tahap kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik yang agak tinggi (min= 3.29). Manakala min bagi ketiga-tiga kemahiran memantau, menilai dan mengawalatur ialah 3.35, 3.30 dan 3.27. Daripada ujian-T(independent sample T-Test) pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan tahap kemahiran metakognitif merentas jantina pada a= 0.05 (p= 0.368). Manakala perbezaan kursus yang diikuti didapati tidak mempengaruhi tahap kemahiran metakognitif seseorang pelajar pada a=0.05 (p=0.233). Analisis data kualitatif melalui 2 soalan Matematik dilakukan terhadap 20 orang responden bagi mengenalpasti kemahiran metakognitif yang terlibat dalam menyelesaikan masalah Matematik. Keputusan kajian ini mendapati kemahiran mengawalatur banyak ditunjukkan oleh pelajar diikuti kemahiran menilai dan kemahiran memantau.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:T-Test, mathematical problem
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7783
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:05 Feb 2009 14:09
Last Modified:29 Feb 2020 13:40

Repository Staff Only: item control page