Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris terhadap pelajar Universiti Teknologi Malaysia

Ishak, Tuah and Mohamed, Mohini (2008) Kesan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris terhadap pelajar Universiti Teknologi Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
114kB

Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...

Abstract

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah mendapat perhatian bukan sahaja para penyelidik bahkan para ibu bapa, pelajar dan para guru. Dalam konteks kajian ini, tiga aspek iaitu kesediaan, minat dan keyakinan pelajar telah dikaji. Seramai 309 orang pelajar tahun tiga daripada Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah set soal selidik yang mengandungi 34 item berskala Likert yang mempunyai lima pilihan respon beserta dua soalan terbuka. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah a = 0.895. Analisis statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah pada tahap sederhana dan kurang memuaskan. Walaubagaimanapun, majoriti pelajar bersetuju dan akur dengan pelaksanaan polisi terbabit dan menyatakan bahawa ianya penting bagi peningkatan penguasaan bahasa Inggeris untuk kejayaan dalam kerjaya dan masa depan mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Teaching science and mathematics in English (ETeMS), readiness, enthusiasm
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7781
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:05 Feb 2009 14:28
Last Modified:29 Feb 2020 13:40

Repository Staff Only: item control page