Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik bagi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik daerah johor bahru merentas jantina

Daud, Zaiton and Noordin, Shaharom (2008) Tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik bagi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik daerah johor bahru merentas jantina. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
161kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/277875063...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik dalam kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 170 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Ujian pencapaian Tinjauan Pencapaian Fizik (TPF) yang mengandungi dua (2) item soalan dalam tajuk Kinematik digunakan untuk mendapat maklumat tentang status pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik. Hasil kajian menunjukkan tahap pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik adalah rendah. Ujian statistik Khi-kuasa dua (?2) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang bererti dari segi tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik merentas jantina pada aras keertian a = .05. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa penerapan kemahiran saintifik yang merupakan domain yang diberi penekanan dalam Kurikulum Fizik yang disemak semula kurang berjaya dilaksanakan di sekolah serta pelajar juga belum mampu menguasai dan menggunakan pengetahuan sedia ada dalam tajuk Kinematik untuk menyelesaikan masalah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Penyelesaian masalah, fizik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7680
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:05 Feb 2009 14:32
Last Modified:30 Sep 2017 06:50

Repository Staff Only: item control page