Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains tingkatan empat di daerah kulai merentas etnik

Kamrin, Sarimah and Noordin, Shaharom (2008) Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains tingkatan empat di daerah kulai merentas etnik. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
142kB

Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...

Abstract

Kemahiran Berfikir Kritis merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dan telah pun diberikan penekanan sejak penggubalan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mana ianya dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir kritis ini merupakan kemahiran yang penting dalam proses pembentukan ciriciri warga negara yang maju selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Wawasan 2020. Seramai 269 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 116 orang pelajar lelaki dan 153 orang pelajar perempuan dari lima buah sekolah menengah di daerah Kulai. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini berumur antara 16 tahun hingga 17 tahun. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal-A (WGCTA-A) yang mengandungi 80 item. Reka bentuk kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, sisihan lazim dan peratusan serta statistik inferensi iaitu ANOVA satu hala. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas etnik. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa proses P&P perlu memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran berfikir agar pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kemahiran Berfikir Kritis, Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7679
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:05 Feb 2009 14:39
Last Modified:30 Sep 2017 07:30

Repository Staff Only: item control page