Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penglibatan ibu bapa dalam membantu membuat kerja rumah (matematik) dikalangan pelajar tingkatan dua: satu tinjauan di sebuah sekolah menengah di daerah Muar

Mohd. Sahid, Mohd. Fami and Mustaffa, Mohamed Sharif (2008) Penglibatan ibu bapa dalam membantu membuat kerja rumah (matematik) dikalangan pelajar tingkatan dua: satu tinjauan di sebuah sekolah menengah di daerah Muar. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
101Kb

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah temubual. Ia bertujuan untuk melihat penglibatan ibu bapa dalam menyiapkan kerja rumah matematik para pelajar, meninjau perasaan pelajar dan meneroka kepercayaan pelajar mengenai pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di daerah Muar melibatkan enam orang pelajar perempuan tingkatan dua. Rakaman temubual diproses menggunakan perisian Atlas/ti. Hasil kajian mendapati ibu bapa kerap membantu anak-anak membuat kerja rumah. Ini dilakukan melalui teknik modeling, pengukuhan dan arahan langsung. Hasil kajian juga mendapati para pelajar berasa seronok jika ibu bapa melibatkan diri, pemahaman yang lebih dan menunjukkan kesan positif daripada bimbingan ibubapa. Secara keseluruhan kajian ini mendapati para pelajar mempunyai kepercayaan yang positif tehadap penglibatan ibu bapa dalam menyiapkan kerja rumah matematik. Ini dapat dilihat daripada aspek pencapaian akademik para pelajar melalui ketepatan, pemahaman dan tugasan yang diberi oleh guru. Walaubagaimana pun, hasil kajian turut mendapati terdapat pandangan ibu bapa yang bercanggah dengan pandangan guru. Di harap kajian ini dapat menjadi satu panduan kepada masyarakat tentang penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak membuat kerja sekolah demi kecemerlangan mereka pada masa hadapan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7677
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:13 Jan 2009 15:21
Last Modified:08 Dec 2011 04:03

Repository Staff Only: item control page