Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara harga diri dan pencapaian sains dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Buntat, Yahya and Saud, Muhammad Sukri and Mustaffa, Mohd. Sharif and Saari, Siti Fatimah (2008) Hubungan antara harga diri dan pencapaian sains dalam kalangan pelajar sekolah menengah. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
100kB

Official URL: http://www.academia.edu/1397261/Hubungan_antara_ha...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sama ada wujudnya hubungan antara Harga diri dan Pencapaian Sains dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah di Bandar Kuching Sarawak. Responden kajian ini terdiri daripada 200 orang pelajar Tingkatan Dua dari dua buah sekolah di Bandar Kuching, Sarawak. Instrumen kajian menggunakan soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A merangkumi maklumat latar belakang respondnen. Manakala bahagian B pula mengandung soalan-soalan berkaitan dengan tahap pencapaian mata pelajaran sains dan harga diri dalam kalangan pelajar. Kebolehpercayaan instrumen kajian soal selidik pada skala Alpha 0.8996. Data Kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science(SPSS) for Windowsn Versi 13.0. Hasil kajian menunjukkan harga diri dan juga pencapaian mata pelajaran sains para pelajar berada pada tahap sederhana dengan min keseluruhan 3.56 dan juga 3,51. Daripada hasil ujian-t, pengkaji mendapati bahawa tidak wujud perbezaan antara harga diri dan pencapaian sains dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Sains, Harga diri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7675
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:13 Jan 2009 15:14
Last Modified:09 Oct 2017 08:05

Repository Staff Only: item control page