Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan kaedah pengajaran berbantukan geometer’s sketchpad terhadap pencapaian pelajar dalam topik transformasi

Mohd. Kosnin, Azlina and Abdullah, Suhaila (2008) Kesan kaedah pengajaran berbantukan geometer’s sketchpad terhadap pencapaian pelajar dalam topik transformasi. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
78kB

Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...

Abstract

menguasai mata pelajaran matematik, khususnya dalam topik transformasi, dan kajian literatur mencadangkan kaitan antara pemahaman topik-topik tertentu dalam matematik dengan keupayaan spatial. Kajian ini melihat kaitan keupayaan spatial dengan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah transformasi dan keberkesanan penggunaan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP) dalam meningkatkan keupayaan pelajar dalam topik transformasi. Seramai 100 orang pelajar tingkatan dua telah dipilih sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diajar topik transformasi menggunakan kaedah biasa (kumpulan kawalan) manakala satu lagi kumpulan (kumpulan eksperimen) diajar menggunakan kaedah biasa dan diikuti dengan pengajaran berbantukan perisian Geometer’s Sketchpad. Dua instrumen telah digunakan untuk menguji keupayaan spatial pelajar, iaitu Form Board Test dan Paper Folding Test. Satu set soalan transformasi telah dibina dan diuji kepada semua pelajar setelah pengajaran secara biasa dilakukan. Ujian yang sama diberikan sekali lagi kepada kedua-dua kumpulan setelah kumpulan eksperimen diajar menggunakan GSP. Dapatan menunjukkan hubungan yang signifikan antara keupayaan spatial dengan pencapaian dalam topik transformasi (r = 0.48, p<0.01). Analisis berkaitan perbezaan pencapaian pelajar antara kumpulan kawalan dan eksperimen menunjukkan peningkatan dalam pencapaian yang signifikan bagi kumpulan eksperimen, tetapi tidak pada kumpulan kawalan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Geometer’s Sketchpad
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7672
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:13 Jan 2009 15:00
Last Modified:30 Sep 2017 08:08

Repository Staff Only: item control page