Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru pelatih matematik sekolah menengah

Hamzah, Nurul Ain and Ismail, Zaleha (2008) Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru pelatih matematik sekolah menengah. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
148kB

Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...

Abstract

Dalam usaha membangunkan professionelisme guru matematik, pendidik pengajian tinggi menghadapi cabaran untuk melengkapkan mereka dengan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK). Pengetahuan ini merupakan persilangan antara pengetahuan matematik, pengetahuan teknologi dan pengetahuan pembelajaran dan pengajaran. Keperluan mendapat pendedahan dan pengalaman berkaitan PTPK menjadi kritikal memandangkan selama ini mereka mempelajari matematik dalam suasana pengajaran yang hampir tidak mengintegrasikan teknologi. Oleh yang demikian, mereka sukar untuk menggambarkan bagaimana teknologi komputer dapat diintegrasikan dalam kurikulum supaya dapat mengwujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Objektif sesuatu kursus yang bertujuan untuk menyediakan PTPK dalam kalangan guru pelatih haruslah menekankan apakah alat teknologi yang sesuai untuk pembelajaran matematik, kaedah yang berkesan untuk menggunakannya, bagaimana sikap dan kepercayaan mereka terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran dan kesediaan guru berkenaan terhadap penggunaan teknologi dalam kelas matematk. Kajian awal ini bertujuan untuk meninjau tahap PTPK dua puluh lima orang pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik yang baru tamat mengikuti satu kursus yang mengutamakan PTPK yang dikenali sebagai subjek Amali Pendidikan Matematik. Instrumen yang digunakan ialah borang soal-selidik untuk tujuan melihat kesediaan, sikap dan kepercayaan responden terhadap elemen PTPK. Hasil kerja responden yang berbentuk jawapan ujian dianalisis untuk mengenal pasti tahap PTPK. Dapatan kajian akan dimanfaatkan untuk usaha membangunkan sistem sokongan atas talian yang boleh membantu guru dan guru pelatih meningkatkan PTPK.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7671
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:13 Jan 2009 14:56
Last Modified:20 Oct 2017 02:19

Repository Staff Only: item control page