Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih matematik sekolah menengah

Hassan, Norasliza and Ismail, Zaleha (2008) Pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih matematik sekolah menengah. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
169kB

Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...

Abstract

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pedagogi dengan isi kandungan sesuatu disiplin atau apa yang perlu diajar. Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi kandungan. PPK memainkan peranan yang penting sebab ia menyepadukan isi kandungan dan pedagogi untuk pembentukan kefahaman tentang bagaimana topik, masalah dan isu pengajaran diorganisasikan, diwakili dan diadaptasikan berdasarkan pelbagai minat dan kebolehan pelajar. Dalam latihan guru matematik, pengetahuan ini merangkumi pedagogi, matematik dan psikologi pelajar. Usaha untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pedagogi kandungan 21 orang guru pelatih di Universiti Teknologi Malaysia yang mengikuti subjek “Kaedah Mengajar Matematik� telah dijalankan. Kertas kerja ini menumpukan kepada kemahiran guru dalam mengemukakan soalan kepada pelajar dalam kelas matematik. Instrumen kajian terdiri daripada empat soalan subjektif. Antara soalan yang dikemukakan memerlukan guru menghasilkan dua soalan yang sesuai berkaitan sebarang topik matematik untuk dikemukakan semasa sesi perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka seharusnya dapat mengemukakan soalan berjenis divergen berbanding jenis konvergen supaya perbincangan yang aktif dapat diwujudkan. Dapatan kajian akan menggambarkan tahap penguasaan dan kualiti PPK guru pelatih yang bakal menjalankan latihan mengajar. Hasil kajian ini adalah sebagai langkah awal untuk memperbaiki tahap penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih matematik. Dapatan kajian ini dijangka boleh menyumbang dalam pembangunan sebuah sistem e-pembelajaran autentik yang berfungsi sebagai sokongan perkembangan professionelisme keguruan matematik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pengetahuan Pedagogi Kandungan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7670
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:13 Jan 2009 14:52
Last Modified:30 Sep 2017 07:26

Repository Staff Only: item control page