Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kerangka alternatif di kalangan pelajar aliran sains tingkatan lima dalam tajuk daya apung

Wong, Teck Kim and Sulaiman, Seth (2008) Tahap kerangka alternatif di kalangan pelajar aliran sains tingkatan lima dalam tajuk daya apung. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
123kB

Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...

Abstract

Kertas kerja ini melaporkan hasil kajian Fasa 1 disertasi sarjana. Kajian Fasa 1 ini bertujuan untuk meninjau tahap kerangka alternatif dalam tajuk daya apung di kalangan semua pelajar (n=212) aliran sains tingkatan lima di salah sebuah sekolah menengah harian daerah Johor Bahru, Johor dengan menggunakan Ujian Konsep Daya Apung (UKDA). Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kerangka alternatif merentas jantina. Data dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 11.5. Analisis yang digunakan termasuklah kekerapan, min, peratusan, sisihan lazim dan ujian-t. Daripada analisis yang dijalankan, secara keseluruhannya didapati tahap kerangka alternatif pelajar adalah pada tahap sederhana dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kerangka alternatif di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pada aras signifikan .05.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kerangka alternatif, daya apung
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7669
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:13 Jan 2009 13:58
Last Modified:09 Oct 2017 07:48

Repository Staff Only: item control page