Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun dua pendidikan fizik merentas program pengajian

Misbah, Hanizah and Noordin, Shaharom (2008) Tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun dua pendidikan fizik merentas program pengajian. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
153kB

Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...

Abstract

Tahap kefahaman pelajar dalam Kemahiran Proses Sains telah mendapat perhatian banyak penyelidik. Dalam konteks kajian ini, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I dikaji. Seramai 41 orang pelajar yang terdiri daripada 12 lelaki dan 29 perempuan yang merupakan pelajar tahun dua program Pendidikan Fizik di Univesiti Teknologi Malaysia, Skudai terlibat dalam kajian ini. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap kefahaman pelajar. Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen yang mengandungi 40 item berbentuk aneka pilihan adalah alat kajian yang digunakan dengan kebolehpercayaan, a =.93. Statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim digunakan untuk menganalisisi data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas menjalani kursus dengan masing-masing adalah baik. Di samping itu, tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas program pengajian sebelum dan selepas mengikuti kursus. Tahap kefahaman pelajar bagi kedua-dua program pengajian adalah baik. Secara keseluruhannya, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen pelajar adalah sama sebelum dan selepas menjalani kursus Pendidikan Amali Fizik I. Justeru, usahausaha untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman pelajar perlu dilaksanakan bagi melahirkan individu yang cemerlang dan berkualiti dalam bidang sains dan teknologi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Tahap kefahaman, program pengajian
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7667
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:13 Jan 2009 13:48
Last Modified:20 Oct 2017 02:27

Repository Staff Only: item control page