Ismail, Norulhuda and Ismail, Zaleha (2008) Pembangunan ruang kuiz untuk majalah web matematik. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...
Abstract
Penaksiran merupakan satu aspek penting dalam pembelajaran bagi mengetahui tahap pencapaian pelajar dan memperbaiki pemahaman pelajar. Dalam projek ini, perisian pengurusan kursus (Course Management System) MOODLE Versi 1.9B4 digunakan untuk menghasilkan bahan penaksiran berasaskan web berbentuk kuiz. Kuiz ini diselitkan sebagai salah satu ruangan dalam majalah web matematik yang dinamakan Dunia Matematik. Sistem MOODLE ini dianggap sesuai kerana rekabentuknya berasaskan konstruktivisme sosial yang menggariskan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan pelajar membina sendiri pengetahuan baru berdasarkan pengalaman lepas. Kuiz yang dibangunkan bagi lima keluaran pertama adalah ditumpukan kepada sukatan pelajaran Menengah Rendah bagi tajuk Algebraic Expression (III) dan Linear Equations (II) dan untuk Menengah Atas tajuk Quadratic Expression and Equations dan Probability I. Kuiz yang dibangunkan adalah berbentuk aneka pilihan dengan setiap pilihan jawapan disediakan maklumbalas yang berinformatf supaya dapat membantu pelajar memperbetulkan kesilapan mereka.. Pilihan jawapan serta maklumbalas yang diberikan adalah berdasarkan kepada kesilapan lazim serta miskonsepsi yang mungkin berlaku dalam diri pelajar. Sistem kuiz juga menyediakan rekod penyertaan dan gred pelajar secara automatik. Kuiz ini diberi had masa untuk pelajar menjawabnya. Kajian di sekolah yang dilakukan oleh pengkaji lain menunjukkan kuiz atas talian ini mampu menjadikan penaksiran sebagai satu aspek pembelajaran yang lebih menarik dan efektif. Guru dan pelbagai pihak terlibat harus memberi perhatian terhadap perkara ini untuk menggalakkan penggunaan komputer untuk tujuan penaksiran pelajar.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Perisian Pengurusan Kursus, Dunia Matematik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 7666 |
Deposited By: | Noraffandy Yahaya |
Deposited On: | 13 Jan 2009 13:45 |
Last Modified: | 30 Sep 2017 07:28 |
Repository Staff Only: item control page