Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan Parameter Percampuran Dan Pembutiran Ke Atas Penyediaan Bahan Suapan Yang Optimum Bagi Proses Pengacuan Suntikan Logam

Muhamad, Norhamidi and Murtadhahadi, I. and Sulong, Abu Bakar and Che Harun, Che Hassan and Jamaludin, Khairur Rijal and Ibrahim, Mohd Halim Irwan (2008) Kesan Parameter Percampuran Dan Pembutiran Ke Atas Penyediaan Bahan Suapan Yang Optimum Bagi Proses Pengacuan Suntikan Logam. In: Malaysian Metalurgical Conference 2008, 3 & 4 December 2008, Bangi, Selangor.

[img]
Preview
PDF
469Kb

Abstract

Kejayaan proses pengacuanan suntikan logam amat dipengaruhi oleh penyediaan bahan suapan MIM yang optimum. Penyediaan bahan suapan MIM merupakan peringkat (i) dan (ii) daripada lima peringkat proses MIM; (i) proses pencampuran untuk menghasilkan bahan suapan, (ii) pembutiran, (iii) penyuntikan, (iv) penyahikatan dan (v) persinteran. Setiap peringkat memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan produk akhir yang berkualiti. Bahan suapan MIM harus mempunyai dua ciri utama iaitu sekata dan berbentuk butiran. Kajian ini difokuskan untuk mendapatkan kaedah penyediaan bahan suapan yang optimum untuk proses pengacuanan suntikan logam. Bahan suapan yang digunakan dalam kajian ini iaitu serbuk keluli tahan karat SS 316 L, PEG (Polyethylne Glycol), PMMA (Polymethylmethacrylate) dan Asid Stearik. Purata saiz serbuk adalah 16 μm dan nilai pembebanan serbuk adalah 63.5 % isipadu. Bahan pengikat PMMA perlu dilarutkan dengan pelarut (Aseton) terlebih dahulu sebelum proses percampuran. Proses pencampuran dilakukan menggunakan mesin pencampur Sigma atau Bilah-Z pada julat suhu pencampuran antara 27ºC ke 70ºC selama dua jam. Pembutiran dilaksanakan dengan menggunakan mesin pembutir jenis penghancur. Keputusan menunjukkan pencampuran pada suhu 70ºC akan menghasilkan pencampuran bahan suapan yang sekata. Proses pembutiran yang baik diperolehi sewaktu bahan suapan yang baru dikeluarkan dari mesin pencampur, dan ia masih mempunyai suhu sekitar 40oC ke 50oC. Bahan pengikat PMMA yang dilarutkan dengan Aseton pada masa proses pencampuran juga salah satu syarat untuk menghasilakan pembutiran yang baik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pengacuanan Suntikan Logam (MIM), Bahan Suapan, Pencampuran, Pembutiran
Subjects:T Technology > TS Manufactures
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:7183
Deposited By: Khairur Rijal Jamaludin
Deposited On:30 Dec 2008 13:45
Last Modified:01 Jun 2010 15:49

Repository Staff Only: item control page