Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis berkomputer bagi kesan fana ke atas sistem paip : menggunakan kaedah cirian

Abdul Aziz, Azmahani (1993) Analisis berkomputer bagi kesan fana ke atas sistem paip : menggunakan kaedah cirian. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Civil Engineering.

[img]
Preview
PDF (summary)
36Kb
[img] PDF (Full text)
Restricted to Repository staff only

3364Kb
[img] PDF (Abstract)
130Kb
[img] PDF (Table of Contents)
183Kb
[img] PDF (1st Chapter)
88Kb

Abstract

Fenomena fana atau keadaan tak mantap di dalam sesuatu sistem aliran boleh berlaku disebabkan penutupan atau pembukaan injap, pemberhentian pam dan sebagainya. Ini merupakan satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa peringkat reka bentuk. Dewasa ini, penggunaan komputer digit dieksploit secara meluas untuk memberikan keputusan yang lebih tepat disamping menjimatkan masa. Di dalam disertasi ini, Kaedah Cirian telah digunakan untuk menganalisis fenomena fana ini. Kaedah ini dapat menggambarkan keadaan fizikal bendalir yang sebenar dengan mengambil kira semua keadaan sempadan yang terdapat di dalam sistem tersebut. Satu program komputer telah dihasilkan yang dapat meramal sebarang kejadian fana di dalam sistem perpaipan. Beberapa kes tertentu telah dikenal pasti untuk dianalisis iaitu talian paip tunggal, paip siri dan rangkaian paip mudah. Kesemua penyelidikan dihad kepada kejadian fana yang terhasil daripada penutupan injap di bahagian hilir dengan mempertimbangkan dua parameter aliran, iaitu, kadaralir Q dan terus piezometrik H. Disamping itu, dua jenis penutupan telah diselidiki, iaitu, penutupan cepat dan perlahan. Secara am, hasil kajian menunjukkan bahawa kejadian fana hanya mempunyai kesan yang ketara di sekitar punca (injap). Semakin jauh ke hulu, kesan ini akan berkurangan dan seterusnya terlesap. Penutupan cepat menghasilkan masa tekanan puncak pada atau sebelum 2L/a, manakala untuk penutupan perlahan satu ayunan tekanan terhasil yang teredam di akhir sela masa.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Tesis (Sarjana Kejuruteraan Awam (Hidraulik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Uncontrolled Keywords:Piping system, Computer analysis
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Civil Engineering
ID Code:7
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:29 Jan 2007 03:23
Last Modified:05 Sep 2012 05:17

Repository Staff Only: item control page