Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyelesaian masalah dalam dinamik gas

Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri (2001) Penyelesaian masalah dalam dinamik gas. Penerbit UTM, Johor,Malaysia. ISBN 983-52-0221-4

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.penerbit.utm.my

Abstract

Buku ini bertujuan membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan kajian aliran bendalir boleh mampat. Buku ini memberikan contoh secara menyeluruh mengenai permasalahan kajian aliran bendalir boleh mampat yang dikenali sebagai Dinamik Gas. Bagaimanapun, penumpuan buku ini diberikan terhadap aliran bendalir boleh mampat satu dimensi sahaja. Buku ini amat sesuai untuk kegunaan pelajar tahun akhir dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Selain daripada itu pelajar Kejuruteraan Mekanikal di institut pengajian tinggi juga boleh menggunakan buku ini terutama mereka yang mengambil mata pelajaran mesin turbo. Buku ini membincangkan permasalahan yang lazim ditemui dalam bidang dinamik gas seperti aliran isentropik, aliran dengan gelombang kejutan normal, aliran satu dimensi dengan geseran, aliran satu dimensi dengan penambahan atau pengurangan haba, aliran kuasi satu dimensi, aliran dengan gelombang kejutan serong dan aliran pengembangan Prandtl-Meyer. Walaupun, banyak lagi perkara yang perlu dicakupi dalam bidang ini, fakta yang disentuh dalam tujuh bab ini adalah yang selalu ditemui dalam bidang dinamik gas. Dalam permasalahan aliran dengan gelombang kejutan normal, masalah aliran gelombang kejutan yang bergerak juga diselitkan. Walaupun kajian permasalahan ini adalah lebih rumit, tetapi penulis merasakan ia perlu dibincangkan di sini untuk memberikan pendedahan kepada pembaca mengenai permasalahan tersebut.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:gas dynamic
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:6962
Deposited By: Mr Mohd Shukri Ramli
Deposited On:16 Dec 2008 05:23
Last Modified:13 Aug 2017 07:49

Repository Staff Only: item control page