Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan pengurusan ruang kerja bengkel kemahiran hidup sekolah menengah dalam kalangan ketua panitia KHB di negeri Melaka

Abu Talib, Hazlani and Saud, Muhammad Sukri (2016) Amalan pengurusan ruang kerja bengkel kemahiran hidup sekolah menengah dalam kalangan ketua panitia KHB di negeri Melaka. Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia (PTVM), 6 . pp. 15-27. ISSN 1985-6652

[img]
Preview
PDF
357kB

Official URL: http://www.fp.utm.my/ptvm/jurnal.htm

Abstract

Bengkel merupakan tempat untuk melaksanakan gerak kerja amali bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pengurusan bengkel ini diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Panitia sambil dibantu oleh guru - guru KHB yang lain. Ia mestilah diurus dengan sempurna supaya berada dalam keadaan kondusif untuk Pe ngajaran dan Pembelajaran serta yang paling penting adalah memenuhi aspek keselamatan yang ditetapkan. Kajian bertajuk Amalan Pengurusan Ruang Kerja Bengkel Dalam Kalangan Ketua Panitia KHB Di Negeri Melaka ini dijalankan bertujuan untuk menentukan apakah aspek pengurusan ruang kerja bengkel yang diamalkan oleh Ketua Panitia KHB. Kajian ini melibatkan kesemua sampel sebagai responden kajian iaitu seramai 83 orang Ketua Panitia Sekolah Menengah di Negeri Melaka. Kajian ini menggunakan set soal selidik yang d ibina berpandukan kajian - kajian lepas serta melalui beberapa sumber daripada bahan bacaan lain yang berka itan dengan pengurusan bengkel. Hasil kajian menunjukkan konstruk inventori dan stok mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.09. Diikuti dengan konstru k alatan tangan dan mesin 3.91, konstruk keselamatan 3.86 dan konstrukkebersihan dan keceriaan yang mencatatkan nilai min 3.68. Ini memberi gambaran bahawa kesemua konstrukkajian ini sememangnya menjadi amalan pengurusan ruang kerja bengkel dalam kalangan Ketua Panitia KHB Sekolah Menengah di Negeri Melaka.

Item Type:Article
Additional Information:RADIS System Ref No:PB/2016/08997
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:68514
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:01 Nov 2017 03:42
Last Modified:14 Nov 2017 06:23

Repository Staff Only: item control page