Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran berfikir secara kritis dan pencapaian fizik pelajar sekolah luar bandar dan bandar di johor bahru

Mohamed Zuhaini, Putri 'Amirah 'Izzatul Iman and Abdullah, Fatin Aliah Phang (2016) Kemahiran berfikir secara kritis dan pencapaian fizik pelajar sekolah luar bandar dan bandar di johor bahru. Buletin PPSMJ, 26 (2). pp. 3-16. ISSN 0128-4290

Full text not available from this repository.

Official URL: http://ppsmj.com.my/v3/

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan tahap pencapaian Fizik pelajar sekolah luar bandar dan bandar. Kajian yang dijalankan berbe ntuk strategi tinjauan dan menggunakan teknik persampelan rawak berlapis. Sebanyak empat buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru yang terdiri daripada dua buah sekolah menengah luar bandar dan dua buah sekolah menengah bandar terlibat dalam kajian ini. Jumlah kesemua pelajar yang terlibat adalah seramai 123 orang pelajar Fizik tingkatan empat. Alat kajian yang digunakan ialah ujian WGCTA - A dan markah ujian bulanan Fizik. Analisis secara deskriptif melibatkan min, sisihan piawai, median dan peratusan man akala analisis inferensi melibatkan kolerasi Pearson dan ujian - t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis pelajar sekolah luar bandar dan bandar adalah pada tahap sederhana. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa tahap pencapaian Fizik dan kemahiran berfikir secara kritis pelajar sekolah bandar adalah lebih baik berbanding pelajar sekolah luar secara secara signifikan (sig. = 0.000) Namun begitu, kajian mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan tahap pencapaian pelajar sekolah luar bandar (r = 0.033, sig. = 0.801) dan bandar (r = - 0.131, sig. = 0.310). Kesimpulannya, pelajar sekolah bandar adalah lebih tinggi pencapaian mereka dalam Fizik dan kemahi ran berfikir secara kritis berbanding dengan pelajar sekolah luar bandar.

Item Type:Article
Additional Information:RADIS System Ref No:PB/2016/09450
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:68214
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:01 Nov 2017 03:25
Last Modified:20 Nov 2017 08:52

Repository Staff Only: item control page