Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemetaan hubungan jarak perjalanan pesalah juvana dan lokasi kejadian jenayah menggunakan sistem maklumat geografi

Zainon, Othman and Nik Mahmood, Nik Hasnaa and Masrom, Maslin and Wan Zakaria, Wan Normeza and Rasheed, Mohamed Kutty and Mohd. Ali, Nor Raihana and Amerudin, Shahabuddin and Hashim, Mohamad Ghazali and Jamil, Rossilah and Bakar, Al Azmi and Abd. Khalid, Nurul Hidayah and Zulkeefly, Dana and Khor, Siew Yee and Noor Azmy, Suzanna and Amyra, Nabila Yusof and Loh, Siew Lik (2016) Pemetaan hubungan jarak perjalanan pesalah juvana dan lokasi kejadian jenayah menggunakan sistem maklumat geografi. In: International Conference on Social Innovation 16', 22-23 Nov, 2016, Kuala Lumpur, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://umconference.um.edu.my/ICSI2016

Abstract

Peningkatan kes jenayah dalam kalangan juvana amat ketara dari tahun ke tahun telah merisaukan banyak pihak terutamanya ibu bapa dan masyarakat. Juvana merupakan golongan yang mudah terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh wujud dalam berbagai bentuk. Pemahaman taburan kejadian jenayah juvana yang merangkumi sudut geografi, spatial dan sosial adalah penting bagi pembentukan intervensi pencegahan jenayah juvana yang tepat. Atas kesedaran ini, kajian ini telah dijalankan dengan memfokuskan golongan kanak-kanak (di bawah 18 tahun) dan pesalah muda (18 hingga 21 tahun) yang meliputi Semenanjung Malaysia menggunakan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS). GIS membenarkan data diurus secara geografi yang mana lokasi sesuatu objek di mukabumi dan hubungannya dengan persekitarannya diambil kira dalam menganalisis sesuatu fenomena. GIS adalah alat yang dapat membantu dalam menentukan lokasi kejadian jenayah dan menentukan faktor-faktor geografi seperti infrastruktur, faktor persekitaran dan hubung kait antara alamat suspek dan lokasi kejadian jenayah. Hasil pemetaan dan analisis ini membenarkan kita mencari jawapan untuk persoalan apa, di mana, mengapa dan bila bagi sesuatu fenomena. Data jenayah indeks juvana telah dibekalkan oleh PDRM yang merangkumi statistik dari tahun 2010 hingga 2014 di Semenanjung Malaysia. Analisis kluster alamat suspek dan lokasi kejadian jenayah telah dijalankan. Dapatan utama kajian ini mendapati 83% daripada pesalah juvana melakukan jenayah dalam linkungan 25 kilometer atau kurang dari alamat tempat tinggal mereka yang mempunyai ciri-ciri infrastruktur dan fizikal yang sama.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information:RADIS System Ref No:PB/2016/10029
Uncontrolled Keywords:travel distance, juvenile offenders
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation
H Social Sciences
Divisions:Geoinformation and Real Estate
International Business School
ID Code:67083
Deposited By: Siti Nor Hashidah Zakaria
Deposited On:25 Aug 2017 06:32
Last Modified:25 Aug 2017 06:32

Repository Staff Only: item control page