Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cost forecasting model for building projects

Khalid, Abd. Ghani (2008) Cost forecasting model for building projects. Project Report. Faculty of Built Environment, Skudai, Johor. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
679kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my

Abstract

Ketepatan meramal kos merupakan salah satu elemen terpenting terutamanya pada peringkat pra kontrak. Ramalan kos merupakan suatu yang kompleks kerana pelbagai faktor mempengaruhinya. Ketidak mampuan memahami corak perhubungan tersebut akan mengundang kesan negatif kepada belanjawan pihak klien, profesionalisma pihak jurukur bahan dan kelangsungan pihak kontraktor. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang signifikan mempengaruhi keadaan turun naik kos pembinaan. Seterusnya, membangunkan model ramalan kos pembinaan berasaskan kepelbagaian keadaan projek tersebut. Pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar yang telah dikenalpasti daripada kajian literatur yang mempunyai kesan signifikan kepada penentuan kos bangunan adalah jenis bangunan, jenis klien, jenis borang kontrak, lokasi dan keadaan pasaran. Sebanyak 346 analisis kos bangunan telah dikumpulkan menggunakan dua pendekatan iaitu rujukan kepada analisis kos elemental bangunan secara bercetak dan analisis kos bangunan yang dihasilkan daripada projek-projek lepas dalam firma ukur bahan. Daripada jumlah tersebut, hanya 220 analisis kos elemental bangunan telah diluluskan tentang ketepatannya dan diambilkira dalam membentuk model-model ramalan kos bangunan menggunakan pendekatan regresi garis lurus. Keputusan analisis mendapati dua pembolehubah tidak bersandar utama dalam pembentukan kos-kos elemen sesebuah bangunan iaitu jenis klien dan jenis borang kontrak. Pengujian telah dilakukan kepada model-model super struktur, kemasan, perabot dan kelengkapan, perkhidmatan, kerja luar, kerja-kerja awalan dan keseluruhan bangunan (tidak termasuk kontingensi). Didapati kesemua model tersebut telah dipertikaikan tentang ketepatannya dalam meramal kos bangunan. Keadaan ini wujud kerana kepelbagaian persekitaran bangunan tidak mampu dikumpulkan menggunakan pendekatan pengumpulan data tersebut. Pengumpulan data berasaskan `talian telah disarankan untuk mengatasi masalah tersebut.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:forecasting of building cost, elemental cost analysis, regression model
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:6707
Deposited By: Noor Aklima Harun
Deposited On:23 Oct 2008 04:40
Last Modified:13 Aug 2017 07:18

Repository Staff Only: item control page