Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tinjauan orientasi matlamat pencapaian matematik pelajar Malaysia: aplikasi pengukuran Rasch

Mohd. Rameli, Mohd. Rustam and Mohd. Kosnin, Azlina (2016) Tinjauan orientasi matlamat pencapaian matematik pelajar Malaysia: aplikasi pengukuran Rasch. In: 3rd International Education Postgraduate Seminar, 18-19 Dec, 2016, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://events.utm.my/event/3rd-international-educa...

Abstract

Motivasi merupakan konstruk pembelajaran penting yang bertindak sebagai pencetus, penggerak dan pemangkin kepada perlakuan pencapaian seseorang. Orientasi matlamat pencapaian pula merupakan salah satu pembolehubah motivasi yang berkisarkan kepada tujuan dan matlamat pembelajaran dalam situasi pembelajaran tertentu. Memandangkan Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang sering dikaitkan dengan kesukaran disebabkan sifat semulajadinya dan ditambah lagi dengan tekanan penilaian maka kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan apakah jenis orientasi matlamat pencapaian yang digunapakai pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Kajian yang berbentuk tinjauan ini dijalankan ke atas 976 orang pelajar sekolah menengah daripada 20 buah sekolah terpilih di Malaysia. Achievement Goal Questionnaire digunakan sebagai instrument pengukuran dan data dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch bagi melihat corak penggunaan orientasi matlamat pencapaian Matematik pelajar. Hasil analisis mendapati bahawa jenis orientasi matlamat pencapaian yang mencatatkan nilai pengukuran tertinggi ialah orientasi matlamat masteri diikuti orientasi matlamat pendekatan-prestasi. Sementara itu, orientasi matlamat pengelakan-prestasi mencatatkan nilai min terendah. Kajian ini memberi implikasi bahawa pelajar cenderung untuk mengguna pakai lebih daripada satu jenis orientasi matlamat pencapaian dalam pembelajaran Matematik mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information:RADIS System Ref No:PB/2016/08664
Uncontrolled Keywords:orientation goal achievement, mastery
Subjects:L Education
Divisions:Advanced Informatics School
ID Code:67065
Deposited By: Siti Nor Hashidah Zakaria
Deposited On:25 Aug 2017 06:25
Last Modified:25 Aug 2017 06:25

Repository Staff Only: item control page