Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kerangka pelaksanaan pembelajaran kaedah flipped classroom berdasarkan pembelajaran berasaskan projek melalui scaffolding dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar

A. Rahman, Azlina and Mohd. Zaid, Norasykin and Aris, Baharuddin and Abdullah, Zaleha and Mohamed, Hasnah (2016) Kerangka pelaksanaan pembelajaran kaedah flipped classroom berdasarkan pembelajaran berasaskan projek melalui scaffolding dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar. In: Innovative Practices in Education and Industry Exhibition (I-PEINX2016), 14 Mar, 2016, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://educ.utm.my/ipeinx2016/

Abstract

Kerangka kajian pelaksanaan pembelajaran kaedah flipped classroom berdasarkan pembelajaran berasaskan projek menerusi proses scaffolding dibina untuk menerangkan bagaimana struktur idea yang dibentuk digunakan sebagai asas dalam merancang dan melaksanakan kaedah flipped classroom. Kerangka kajian ini juga dibangunkan dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Pembangunan kerangka kajian ini merangkumi dua fasa pembelajaran bagi kaedah flipped classroom iaitu pembelajaran di luar kelas dan pembelajaran di dalam kelas. Unsur scaffolding pula diterapkan di kalangan pelajar sekolah yang menjalani aktiviti berkumpulan dan hands-on terhadap mata pelajaran yang sukar seperti tajuk Statistik dalam Matematik; yang mana ianya menjadi fokus dalam pembangunan kerangka kajian kaedah pembelajaran ini. Pelaksanaan kerangka kajian ini terbukti berpotensi membantu pelajar memaksimumkan pembelajaran mereka dengan bimbingan minimal daripada guru dan rakan pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information:RADIS System Ref No:PB/2016/10155
Uncontrolled Keywords:flipped classroom
Subjects:L Education
Divisions:Advanced Informatics School
ID Code:67055
Deposited By: Siti Nor Hashidah Zakaria
Deposited On:25 Aug 2017 06:21
Last Modified:25 Aug 2017 06:21

Repository Staff Only: item control page