Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Impak program mobiliti terhadap pembangunan diri mahasiswa

Asli, Umi Aisah and Sadikin, Aziatul Niza and Md. Kasmani, Rafiziana and Rasit Ali, Roshafima (2016) Impak program mobiliti terhadap pembangunan diri mahasiswa. In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC 2016), 28-30 Nov, 2016, Johor Bahru, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.utm.my/ipf/nasdec2016/

Abstract

Program mobiliti mahasiswa merupakan salah satu aktiviti pengantarabangsaan yang semakin dipergiatkan di institusi pengajian tinggi bagi melahirkan mahasiswa yang bersifat dinamik dan terbuka. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti impak dan transformasi yang positif kepada pembangunan diri mahasiswa yang terlibatkan dalam program pertukaran mahasiswa (inbound dan outbound). Dua universiti yang terlibat dalam program mobiliti ini adalah Universiti Teknologi Malaysia dan Hanoi University of Geology and Mining (HUGM), Vietnam. Program yang dijalankan di kedua-dua buah universiti ini melibatkan pelbagai aktiviti pengisian yang bersifat akademik, kebudayaan dan lawatan serta percambahan fikiran mengenai isu semasa. Laporan kajian adalah berdasarkan persepsi mahasiswa terhadap keberkesanan program melalui analisis refleksi jurnal yang ditulis oleh mahasiswa yang terlibat. Kajian ini dianalisis mengunakan kaedah kualitatif dan hasil dapatan menunjukkan bahawa program mobiliti di luar negara yang mempunyai budaya yang berbeza memberi manfaat kepada majoriti pelajar UTM dan HUMG. Secara ringkasnya, hasil analisis kajian menunjukkan bahawa program mobiliti ini memberi impak terhadap pembangunan sosial dan keperibadian, pembelajaran antara budaya dan kemajuan kerjaya mahasiswa yang terlibat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information:RADIS System Ref No:PB/2016/09951
Uncontrolled Keywords:internationalization, student development
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
T Technology
Divisions:Chemical Engineering
Malaysia-Japan International Institute of Technology
ID Code:67001
Deposited By: Siti Nor Hashidah Zakaria
Deposited On:19 Jul 2017 06:31
Last Modified:19 Jul 2017 06:31

Repository Staff Only: item control page