Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keperluan pembinaan struktur kurikulum kursus penghasilan dan pengkomersilan makanan

Mohd. Amin, Siti Hajar and Ismail, Sarimah (2016) Keperluan pembinaan struktur kurikulum kursus penghasilan dan pengkomersilan makanan. Jurnal Pendidikan Teknik dan Vokasional, 6 (1). pp. 113-124. ISSN 1985-6652

Full text not available from this repository.

Official URL: http://web2.fp.utm.my/jptvet/

Abstract

Malaysia mempunyai banyak agensi kerajaan yang membantu pengusaha Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) makanan dalam bentuk latihan inovasi dan teknologi, modal insan, pembiayaan, akses pasaran dan pembangunan infrastruktur. Walau bagaimanapun sehingga 2014, jumlah perusahaan firma besar dalam penghasilan produk makanan hanya 2.7%. Oleh itu kajian bagi mengenalpasti kelemahan latihan penghasilan m akanan dan pengkomersialan sediada yang dikendalikan oleh agensi tersebut telah dijalankan. Kajian ini mengaplikasi rekabentuk kajian kualitatif. 20 sampel dipilih secara bertujuan daripada kalangan bekas peserta program yang pernah mendapat latihan pengha silan dan pengkomersilan makanan yang dikendalikan oleh mana - mana daripada agensi latihan tersebut. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kelemahan dalam latihan yang diberi dari aspek tidak menyediakan struktur kurikulum yang terancang, kandungan pelajaran latihan yang tiada kesinambungan di antara satu sama lain. Latihan berbentuk amali tidak dijalankan di tempat yang kondusif, jurulatih latihan kurang kurang mahir, strategi pengajaran latihan dijalankan berpusa tkan jurulatih dan tiada penilaian penguasaan isi kandungan latihan. Dengan mengambil kira kelemahan – kelemahan tersebut kajian ini mencadangkan kurikulum latihan bagi penghasilan dan pengkomersialan produk makanan perlu dibangunkan.

Item Type:Article
Additional Information:RADIS System Ref No:PB/2016/10648
Subjects:L Education
Divisions:Advanced Informatics School
ID Code:66883
Deposited By: Siti Nor Hashidah Zakaria
Deposited On:10 Jul 2017 06:59
Last Modified:20 Nov 2017 08:52

Repository Staff Only: item control page