Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tinjauan kategori masalah dengan demografi di kalangan pekerja jabatan-jabatan pemasangan Shimano Components (M) Sendirian Berhad

Chan, Chee Kiong (2007) Tinjauan kategori masalah dengan demografi di kalangan pekerja jabatan-jabatan pemasangan Shimano Components (M) Sendirian Berhad. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
344kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah dengan demografi di kalangan pekerja-pekerja Jabatan Pemasangan di Shimano Components (M) Sendirian Berhad. Seramai 218 orang pekerja telah dipilih secara rawak untuk menyertai kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah Mooney Problem Check List (MPCL) yang yang mengandungi 330 item. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Sciences’ (SPSS 11.5). Teknik statistik pemeratusan telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian yang diperolehi mendapati kategori masalah yang paling mengganggu pekerja ialah penyesuaian terhadap kerja-kerja tugasan akademik (65.4%) diikuti kegiatan sosial dan rekreasi (48.3%) serta moral dan agama (10.7%). Manakala kategori masalah yang kurang mengganggu pelajar ialah kewangan, keadaan kehidupan dan pekerjaan (36.1%), rumah tangga dan keluarga (34.0%) diikuti moral dan agama (31.8%). Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof Syed Mohd Shafeq Bin Syed Mansor
Uncontrolled Keywords:Shimano Components (M) Sendirian Berhad, Mooney Problem Check List (MPCL), SPSS
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6594
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:27 Sep 2008 01:29
Last Modified:27 Sep 2018 06:01

Repository Staff Only: item control page