Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan kerja berpasukan dan kepuasan kerja ketua panitia dalam jabatan bahasa dan sains sosial di sekolah menengah daerah Pontian

Shek, Kwai Fun (2007) Keberkesanan kerja berpasukan dan kepuasan kerja ketua panitia dalam jabatan bahasa dan sains sosial di sekolah menengah daerah Pontian. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
116kB

Abstract

Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan kerja berpasukan dalam Jabatan Bahasa dan Jabatan Sains Sosial di sekolah menengah daerah Pontian. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat tahap perbezaan dan hubungan kepuasan kerja dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kedua-dua jabatan tersebut. Seramai 28 orang Ketua Panitia dari Jabatan Bahasa dan 36 orang Ketua Panitia dari Jabatan Sains Sosial di pilih sebagai responden kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah diguna pakai oleh Mohd Anuar (2007) dan Zainorazlin (2001) . Data-data kajian dianalisis menggunakan Perisisan Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 13.0 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan kerja berpasukan dan kepuasan kerja dalam Jabatan Bahasa dan Jabatan Sains Sosial adalah tinggi. Analisis ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keberkesanan kerja berpasukan dan kepuasan kerja antara Jabatan Bahasa dengan Jabatan Sains Sosial. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara keberkesanan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam Jabatan Bahasa. Sebaliknya, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara keberkesanan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam Jabatan Sains Sosial. Berdasarkan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan dan kepuasan kerja berpasukan di sekolah.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007;
Uncontrolled Keywords:Department of Language and Social Science, Pontian, secondary school
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6593
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:07 Oct 2008 01:11
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page