Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah menengah daerah Mersing

Azman, Nor Azah (2007) Peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah menengah daerah Mersing. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

254Kb
[img] PDF (Abstract)
13Kb
[img] PDF (Table Of Content)
13Kb
[img] PDF (1st Chapter)
60Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat persepsi penyelaras kokurikulum terhadap peranan pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah-sekolah menengah daerah Mersing. Aspek pengurusan kokurikulum yang dilihat adalah pengetua sebagai perancang, pengelola, pemimpin, dan pengawal pengurusan kokurikulum serta pengurusan kokurikulum secara keseluruhan. Sampel kajian ini terdiri daripada 90 orang guru dari 9 buah sekolah menengah di daerah Mersing. Kajian ini bersifat deskriptif dengan menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan kepada panduan pengurusan kokurikulum yang telah dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Sekolah. Soal selidik telah diuji terlebih dahulu untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahan dengan mengadakan satu kajian rintis dan kemudian dianalisis dengan menggunakan alpa Cronbach dan mendapati nilai Alpha adalah 0.952. Data yang diperolehi dianalisis telah menggunakan kaedah deskriptif bagi menerangkan dapatan Skor min dan sisihan piawai digunakan bagi menerangkan setiap dimensi yang dikaji. Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk menilai persepsi penyelaras kokurikulum berdasarkan maklumat demografi penyelaras kokurikulum untuk peranan yang dimainkan oleh pengetua sebagai pengurus kokurikulum di sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru mempersepsikan pengetua mereka memainkan peranannya dalam pengurusan kokurikum pada tahap sederhana bagi setiap dimensi dan pengurusan keseluruhan. Justeru itu, diharapkan agar pengetua memainkan peranan yang lebih efektif dalam pengurusan kokurikulum agar guru dapat merasakan pengetua sentiasa terlibat dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Dr. Hj. Mohd Anuar Bin Abdul Rahman
Uncontrolled Keywords:co-curriculum management, co-curriculum coordinator perception, principal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6591
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Sep 2008 14:56
Last Modified:26 Sep 2012 02:30

Repository Staff Only: item control page