Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penerapan kemahiran generik dalam pengajaran guru kejuruteraan di sekolah menengah teknik di negeri Kelantan dan negeri Terengganu

Awang, Azam (2007) Tahap penerapan kemahiran generik dalam pengajaran guru kejuruteraan di sekolah menengah teknik di negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

626Kb
[img] PDF (Abstract)
16Kb
[img] PDF (Table Of Content)
29Kb
[img] PDF (1st Chapter)
79Kb

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap penerapan kemahiran generik di kalangan guru-guru mata pelajaran kejuruteraan di sepuluh buah sekolah menengah teknik di negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Seramai 128 orang guru yang mengajar mata pelajaran kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah teknik di negeri Kelantan dan negeri Terengganu telah terpilih untuk menjadi responden kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik dan borang pemerhatian. Data yang telah diperoleh dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages for the Social Sciense� SPSS versi 11.5 dan dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk deskriptif iaitu peratusan dan min dan statistik inferens iaitu ANOVA sehala. Selain itu, kajian juga ingin melihat perbezaan penerapan kemahiran generik antara responden mengikut pengkhususan dan pengalaman mengajar guru. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap penerapan kemahiran generik guru kejuruteraan adalah ditahap tinggi. Pengkaji juga mencadangkan beberapa perkara untuk mempertingkatkan lagi tahap penerapan kemahiran generik di sekolah menengah teknik. Disamping itu, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjut dilakukan dengan menggunakan pendekatan atau kaedah pengumpulan data yang berbeza.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis(Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknik Dan Vokasional) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : En. Mohd Rizal bin Said
Uncontrolled Keywords:generic skills, technical secondary school, Kelantan and Terengganu
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6588
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Sep 2008 14:10
Last Modified:26 Sep 2012 02:24

Repository Staff Only: item control page