Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran teknologi maklumat di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan, UTM dan hubungannya dengan sikap terhadap e-pembelajaran

Su, Lih Teng (2007) Kemahiran teknologi maklumat di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan, UTM dan hubungannya dengan sikap terhadap e-pembelajaran. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
390kB

Abstract

E-pembelajaran telah menjadi satu kaedah pembelajaran yang popular dilaksanakan di dalam bidang pendidikan. UTM mula melaksanakan e-pembelajaran yang menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran Moodle pada tahun 2004. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pengaruh kemahiran teknologi maklumat, jantina, jenis aliran kursus dan kekerapan penggunaan e-pembelajaran pada sikap terhadap e-pembelajaran di UTM. Soal selidik telah diedarkan kepada 327 orang pelajar Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Data latar belakang pelajar dari segi jantina, aliran kursus yang diikuti, kekerapan penggunaan e-pembelajaran UTM, tahap kemahiran teknologi maklumat pelajar dan tahap sikap pelajar terhadap e-pembelajaran telah dikutip. Soal selidik sikap terhadap e-pembelajaran dibahagi kepada empat bahagian iaitu kegusaran terhadap e-pembelajaran, keyakinan terhadap e-pembelajaran, kesukaan terhadap e-pembelajaran dan persepsi terhadap faedah e-pembelajaran. Satu soalan sumbangan terbuka telah ditanya untuk mendapatkan faktor sebenar keseronokan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan terhadap korelasi sederhana antara kemahiran teknologi maklumat dengan sikap terhadap e-pembelajaran.Tiada perbezaan signifikan sikap terhadap e-pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan pada . Tiada perbezaan signifikan kegusaran terhadap e-pembelajaran (p=0.378) dan kesukaan terhadap e-pembelajaran (0.489) di antara aliran kursus yang berlainan. Didapati pelajar aliran sastera mempunyai keyakinan (p=0.046) dan persepsi faedah (p=0.029) yang lebih positif daripada pelajar aliran kejuruteraan. Selain itu, terdapat hubungan positif antara kekerapan penggunaan e-pembelajaran dengan sikap terhadap e-pembelajaran. Secara umumnya, kajian ini menunjukkan pelajar perlu menguasai kemahiran teknologi maklumat dalam menceburi e-pembelajaran supaya menghasilkan suasana pembelajaran yang positif.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan)- Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor 1 : Assoc. Prof Dr. Baharuddin Aris; Supervisor 2 : En. Noraffandy Yahaya
Uncontrolled Keywords:e-learning, Moodle learning management system, education
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6587
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:25 Sep 2008 04:53
Last Modified:25 Jul 2018 07:59

Repository Staff Only: item control page