Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubung kait kesibukan pengetua dengan tahap kepimpinan pengajaran yang diamalkan di sek. men. di zon bandar Muar

Zailah, Juhana (2007) Hubung kait kesibukan pengetua dengan tahap kepimpinan pengajaran yang diamalkan di sek. men. di zon bandar Muar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
128kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kesibukan dan kepimpinan pengajaran di sekolah menengah di zon Bandar Muar, Johor. Kajian ini juga meneliti hubung kait kesibukan pengetua dengan kepimpinan pengajaran yang diamalkan. Sebanyak 10 buah sekolah menengah dengan 300 responden dilibatkan dalam kajian ini. Kesibukan pengetua diukur dengan menggunakan soal selidik Aktiviti Kesibukan pengetua yang dibina sendiri oleh pengkaji. Kepimpinan pengajaran pengetua diukur dengan menggunakan “Principal Instructional Management Rating Scale� (PIMRS). Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah masing-masing 0.8770 dan 0.9783 . Kesemua borang soal selidik yang lengkap telah dipulangkan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package For Social Sciences� ( SPSS ) versi 11.0 secara deskriptif dalam bentuk kekerapan, min dan peratusan dan secara inferensi dalam bentuk ujian-t dan Pekali Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesibukan pengetua dan kepimpinan pengajaran adalah tinggi. Selain itu, min kesibukan pengetua perempuan adalah lebih tinggi daripada min kesibukan pengetua lelaki. Min kepimpinan pengajaran pengetua lelaki pula lebih tinggi daripada min kepimpinan pengajaran pengetua perempuan. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesibukan pengetua dan kepimpinan pengajaran antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan. Pekali Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang tinggi dan signifikan iaitu r = 0.75 antara kesibukan pengetua dan kepimpinan pengajaran. Cadangan yang relevan berdasarkan dapatan kajian dikemukakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Dr. M. Al-Muz-Zammil bin Yasin
Uncontrolled Keywords:Muar district, Principal Instructional Management Rating Scale� (PIMRS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6584
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:25 Sep 2008 04:33
Last Modified:25 Jul 2018 07:59

Repository Staff Only: item control page