Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi guru-guru sekolah rendah di Johor Bahru terhadap pelaksanaan program headcount dalam pengurusan akademik pelajar

Chong, Peng Hwa (2007) Persepsi guru-guru sekolah rendah di Johor Bahru terhadap pelaksanaan program headcount dalam pengurusan akademik pelajar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
54kB

Abstract

Headcount merupakan suatu program baru dalam pengurusan data markah murid untuk mengenal pasti pencapaian akademik setiap murid. Program ini telah menjadi popular di sekolah rendah dan sekolah menengah di Johor. Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru di sekolah rendah terhadap pelaksanaan Headcount. Penyelidikan ini melibatkan responden seramai 100 orang guru dari sekolah rendah. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mana ia mengandungi 32 item. Nilai kebolehpercayaan (apha Cronbach) bagi kajian ini adalah 0.92. Objektif penyelidikan ini adalah mengenalpasti persepsi guru terhadap pelaksanaan Headcount, pihak pengurusan, ibu bapa dan murid. Data yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science� (SPSS) for Window Version 10. Analisis kajian dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Selain itu, kajian kumpulan fokus, temubual dan analisis dokumen juga digunakan sebagai kaedah untuk mendapat maklumat sokongan. Hasil kajian mendapati guru-guru menyokong pelaksanaan Headcount, pihak pengurusan dapat memperolehi maklumat pencapaian murid, tahap kefahaman ibu bapa adalah lemah terhadap Headcount dan murid kurang menghayati fungsi Headcount. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan kualiti pengurusan akademik murid.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : En. Hassan Bin Hushin
Uncontrolled Keywords:apha Cronbach, student's academic quality management
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6582
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:25 Sep 2008 04:05
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page