Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua sekolah menengah bandar Tangkak

Ghazali, Nursuhaila (2007) Tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua sekolah menengah bandar Tangkak. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
89kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua sekolah menengah harian bandar Tangkak dari aspek karismatik, pertimbangan individu, ransangan intelek serta motivasi berinspirasi. Persampelan kajian terdiri daripada 178 orang guru daripada tiga buah sekolah tersebut. Kajian menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah menggunakan soal selidik. Instrumen yang digunakan dalam soalselidik kajian ini ialah “Multifactor Leadership Questionnaire� (MLQ). Nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach .9575. diperolehi daripada kajian rintis yang dijalankan terhadap 22 orang guru. Soal selidik dikumpul, disemak dan dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) 11.5 dalam bentuk kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA Sehala. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua-pengetua sekolah menengah bandar Tangkak adalah tinggi dan semua dimensi kepimpinan transformasi yang dikaji juga menunjukkan nilai min yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi amalan kepimpinan transformasioanal yang signifikan dalam kalangan pengetua berdasarkan jantina, umur, dan pengalaman mengajar namun terdapat berbezaan yang dignifikan berdasarkan kaum responden.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : En. Yusof bin Boon
Uncontrolled Keywords:Tangkak district, secondary school's principle, Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6581
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:25 Sep 2008 03:41
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page