Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Tutorial Menggunakan Perisian Bergrafik Interaktif KmPlot

Edros, Siti Nuradibah (2007) Pembinaan Tutorial Menggunakan Perisian Bergrafik Interaktif KmPlot. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

4Mb
[img] PDF (Abstract)
100Kb
[img] PDF (Table Of Content)
319Kb
[img] PDF (1st Chapter)
134Kb

Abstract

Projek ini bertujuan untuk menghasilkan tutorial perisian bergrafik interaktif KmPlot dengan berteraskan teori pembelajaran penemuan. Kajian yang lepas banyak menunjukkan bahawa penggunaan teknologi komputer memberikan banyak kelebihan kepada pelajar antaranya meningkatkan pencapaian pelajar dan menambah minat pelajar terhadap matematik. Tutorial yang dibangunkan untuk dilaksanakan dalam makmal komputer yang dilengkapi dengan sistem pengoperasian Linux. Dengan adanya tutorial ini sekali gus dapat menambahkan penggunaan perisian sumber terbuka, kerana perisian ini adalah percuma. Untuk memastikan tutorial yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri teori pembelajaran penemuan, setiap aktiviti di dalam tutorial dirancang supaya pelajar dapat bergiat dalam pelbagai operasi kognitif. Umumnya tutorial ini difokuskan kepada pelajar menengah atas. Topik yang dipilih di dalam tutorial ialah graf fungsi linear, fungsi kuadratik, fungsi kubik, fungsi salingan, persamaan serentak dan pembezaan. Sebagai tambahan, tutorial ini dimuatkan aktiviti graf fungsi parametrik dan graf fungsi polar. Pada setiap aktiviti mempunyai latihan untuk memperkukuhkan kefahaman pelajar. Manakala bagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah, pelajar dijangka dapat menyelesaikan masalah berkenaan dan seterusnya meneroka untuk mendalami masalah dengan bantuan perisian KmPlot. Oleh itu diharap pembinaan tutorial perisian bergrafik interaktif KmPlot ini dapat memberikan output yang baik kepada guru dan pelajar kerana perisian ini juga mempunyai fungsi yang baik dan setanding dengan perisian komersial lain yang terdapat di pasaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Matematik) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof Dr. Zaleha binti Ismail
Uncontrolled Keywords:Kmplot graphical interactive software, academic achievement, mathematics
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6580
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Sep 2008 03:35
Last Modified:18 Sep 2012 08:39

Repository Staff Only: item control page