Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penglibatan pelajar di sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan

Wong, Huey Ling (2007) Tahap penglibatan pelajar di sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
128kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan di enam buah sekolah menengah daerah Batu Pahat. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang merangkumi tiga bidang iaitu sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform dengan pembentukan lima dimensi daya kepimpinan iaitu yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah dan kepuasan menjalankan tugas. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik berstruktur dan sampel kajian terdiri daripada 300 pelajar tingkatan empat. Analisis Pekali Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk menguji hipotesis. Keputusan analisis korelasi menunjukkan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembentukan daya kepimpinan. Pada bahagian akhir, dicatatkan cadangan-cadangan sebagai bahan rujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pengurus sekolah, guru penasihat kokurikulum, dan guru kaunseling bagi meningkatkan kualiti pengurusan kokurikulum di sekolah. Pengurusan kokurikulum yang efektif akan menarik pelajar melibatkan diri dengan aktif dan seterusnya membantu kepada pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar yang juga merupakan pemimpin akan datang masyarakat.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Mohamed Najib Bin Abdul Ghafar
Uncontrolled Keywords:Batu Pahat district, leadership style, future leader
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6577
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:25 Sep 2008 03:14
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page