Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan model pengajaran simulasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

Muhamad, Suhaimi (2007) Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan model pengajaran simulasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
96kB

Abstract

Kajian ini membincangkan kesediaan guru terhadap pelaksanaan pengajaran berasaskan model pengajaran simulasi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Aspek pendedahan, pengalaman dan kesediaan guru Pendidikan Islam mengajar melalui kaedah simulasi ditekankan dalam kajian ini. Populasi kajian ini ialah guru-guru Pendidkan Islam di 10 buah sekolah menengah di Daerah Kota Tinggi, Johor. Seramai 50 orang guru dipilih sebagai sampel dalam kajian ini yang mewakili sekolah bandar dan luar bandar. Reka bentuk kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina oleh pengkaji sendiri sebagai instrument untuk mengenalpasti tahap kesediaan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Pendidikan Islam yang berkhidmat di luar bandar lebih bersedia untuk menggunakan kaedah simulasi dalam pengajaran mereka berbanding guru-guru yang berkhidmat di kawasan bandar. Adalah diharapkan dengan terhasilnya kajian ini nanti akan memberi manafaat kepada para guru dalam pengajaran mereka, begitu juga kepada pendidik dan barisan pensyarah di Institut Perguruan dalam melaksanakan program latihan perguruan dan kepada barisan penggubal kurikulum agar menjadikannya model pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru di sekolah.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Prof. Dr. Zaitun Bt. Hj. Sidin
Uncontrolled Keywords:simulation teaching model, Pendidikan Islam, urban area
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6575
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:25 Sep 2008 02:48
Last Modified:26 Aug 2018 04:49

Repository Staff Only: item control page