Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di sebuah daerah di negeri Johor

Naim @ Nain, Tinah (2007) Gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di sebuah daerah di negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
97kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di Daerah Muar, Johor. Kajian ini khusus untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru dengan stres guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. Alat ukur “LeaderBehavior Description Questionnaire� (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. Alat ukur Stres Guru digunakan untuk mengukur tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dua dimensi tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 314 orang guru dari lapan buah sekolah menengah yang mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Muar. Sampel kajian dipilih secara tak rawak kuota. Data diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Pekali Korelasi Pearson, ANOVA dan Ujian-t. Hasil kajian mendapati gaya kepimpinan pengetua pada pandangan guru adalah tinggi pada kedua-dua dimensi iaitu pada dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. Berdasarkan kajian, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan dengan umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan, dan dari segi sesi persekolahan. Hasil kajian juga mendapati, (i) terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan dengan jantina, (ii) terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres guru pada tahap yang sangat lemah dan hubungannya adalah secara negatif, (iii) tidak terdapat hubungan yang signifikan gaya kepimpinan pengetua dimensi timbang rasa dengan tahap stres guru pada gaya bertimbang rasa.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Mohamed Najib bin Abdul Ghafar
Uncontrolled Keywords:teacher's opinion, teacher's stress, leadership style
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6574
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:25 Sep 2008 02:25
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page