Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaitan antara kepimpinan kerja berpasukan pengetua dengan kepuasan kerja ketua panitia di daerah Kluang

Tay, Siok Beng (2007) Kaitan antara kepimpinan kerja berpasukan pengetua dengan kepuasan kerja ketua panitia di daerah Kluang. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
55kB

Abstract

Penyelidikan kuantitatif ini bertujuan melihat kaitan kepimpinan kerja berpasukan pengetua dengan kepuasan kerja ketua panitia di sekolah menengah di daerah Kluang, Johor. Bagi mengukur kepimpinan kerja berpasukan, soal selidik Teamwork KSA (Stevens, 1993) yang telah digunakan oleh Shamsuddin (2002) dan telah diubahsuaikan serta Teori Dua Faktor oleh Herzberg (1966) telah digunakan. Kajian rintis melibatkan 25 orang ketua panitia di SMK Canossian Convent, Kluang, Johor telah dijalankan bagi menentukan konsistensi dalaman instrumen. Seramai 300 responden dari 20 buah sekolah menengah di daerah Kluang yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan kepimpimpinan kerja berpasukan pengetua berada pada tahap sederhana tinggi. Daripada kelima-lima ciri kepimpinan kerja berpasukan, ciri komunikasi adalah tertinggi, nilai min 3.72. Diikuti oleh ciri penetapan matlamat dan pengurusan prestasi, nilai min 3.70, penyelesaian masalah secara kolaberatif (3.60), penyelesaian konflik (3.45) dan perancangan dan penyelarasan tugas (3.39). Dapatan kajian menunjukkan terdapat kaitan antara kepimpinan kerja berpasukan pengetua dengan kepuasan kerja ketua panitia.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Dr Mohamed Najib Bin Abdul Ghafar
Uncontrolled Keywords:SMK Canossian Convent, Kluang, job satisfaction
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6565
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:24 Sep 2008 03:46
Last Modified:30 Jul 2018 08:39

Repository Staff Only: item control page