Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris terhadap guru yang mengikuti program khas pensiswazahan guru

Ahmad, Fauziah and Mohamed, Mohini (2008) Kesan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris terhadap guru yang mengikuti program khas pensiswazahan guru. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11-12 October 2008, UTM.

[img]
Preview
PDF
168Kb

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan tentang persepsi guru-guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Aspek yang dikaji adalah kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seramai 236 orang sampel dari empat buah institusi pendidikan awam (UTM, UPM, UiTM dan UPSI) telah dipilih untuk dijadikan peserta kajian. Data-data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.5 (SPSS). Analisis deskriptif digunakan untuk menguji kekerapan, min dan peratusan. Manakala analisis inferensi digunakan untuk pengujian hipotesis. Hipotesis diuji dengan menggunakan perbandingan min Ujian-T dan analisis varian (ANOVA) pada aras signifikan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian mempunyai tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang sederhana. Dapatan kajian juga mendapati ada hubungan yang signifikan antara gred pencapaian Bahasa Inggeris SPM dengan tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris tetapi tiada perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan minat dan tahap keyakinan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Language skill, English Language, Graduate Teacher
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6564
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:17 Feb 2009 04:00
Last Modified:01 Jun 2010 15:44

Repository Staff Only: item control page