Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Iklim organisasi dan hubungannya dengan gelagat kewarganegaraan organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah dareah Pontian, Johor

M. Yusop, Maisura (2007) Iklim organisasi dan hubungannya dengan gelagat kewarganegaraan organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah dareah Pontian, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
248kB

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang iklim organisasi dan hubungannya dengan gelagat kewarganegaraan organisasi dikalangan guru-guru sekolah menengah daerah Pontian, Johor. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Sampel dipilih menggunakan kaedah rawak berlapis. Seramai 238 daripada 628 orang guru di dua belas buah sekolah menengah daerah Pontian, Johor telah menjadi responden. Kajian rintis melibatkan tiga puluh orang guru di salah sebuah sekolah menengah daerah Pontian telah dilaksanakan bagi menentukan konsistensi dalaman instrumen. Nilai alpha yang diperoleh ialah 0.97. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara tahap iklim organisasi dengan tahap gelagat kewarganegaraan organisasi (r = 0.323, p = 0.000). Manakala setiap dimensi iklim organisasi juga didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap gelagat kewarganegaraan organisasi. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman kerja dengan tahap gelagat kewarganegaraan organisasi. Namun begitu, tiada perkaitan signifikan antara pengalaman kerja dengan tahap iklim organisasi. Keputusan ujian-T pula mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap iklim organisasai dan tahap gelagat kewarganegaraan organisasi berdasarkan jantina. Kajian ini mencadangkan agar pihak yang terlibat dalam organisasi sekolah seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah serta pentadbir-pentadbir sekolah supaya lebih peka kepada keperluan iklim organisasi yang kondusif dan selesa untuk guru-guru menjalankankan tugas mereka, khususnya yang melibatkan dimensi ganjaran, dimensi piawai prestasi dan juga dimensi sokongan. Pengiktirafan perlu diberi kepada guru berpengalaman serta mengamalkan gelagat kewarganegaraan yang tinggi, agar ianya boleh dijadikan model serta ikutan kepada semua guru yang lain.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Mohamad Najib bin Abdul Ghafar
Uncontrolled Keywords:organizational climate, Pontian district, primary school's teacher
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6561
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:24 Sep 2008 03:36
Last Modified:03 Aug 2018 08:48

Repository Staff Only: item control page